Pages

Friday, 19 October 2012

MASALAH LESBIAN & GAY!!!

          Manusia yang merupakan sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah telah menjadi seburuk-buruk makhluk. Manakan tidak, perbuatan gay dan lesbian ini telah melanggar fitrah kejadian manusia dengan pemuasan gharizatul nau’ (naluri melestarikan keturunan) ke arah yang menyimpang.

Malahan perbuatan terkutuk ini tidak akan kita temui dalam mana-mana sejarah kehidupan haiwan sekalipun! Dengan menjadikan perkahwinan sejenis ini sebagai sesuatu yang sah di sisi undang-undang negara seperti Argentina ini, ia bakal mendatangkan malapetaka yang lebih besar kepada manusia. Sudahlah kerosakan dalam ekonomi semakin parah, kini ditambah lagi dengan kerosakan dalam institusi sosial dalam masyarakat yang merupakan hasil daripada pengagungan idea kebebasan dalam bertingkah laku.

Di Buenos Aires, seramai 2,697 pasangan gay dan lesbian berkahwin di sini sejak Argentina menjadi negara Amerika Latin pertama membenarkan perkahwinan jantina yang sama. Persekutuan lesbian, gay dan biseksual berkata, 60 peratus daripada perkahwinan itu membabitkan lelaki dengan lelaki dan wilayah yang paling diminati bagi melangsungkan majlis berkenaan ialah di Buenos Aires.

Gejolak nafsu songsang yang melanda umat manusia kini bukan lagi rahsia. Bagi mereka, adalah normal kalau lelaki mencintai lelaki, dan wanita 'bersuamikan' wanita. Tidak ada lagi rasa malu dan segan untuk memberitahu dunia bahawa mereka berjiwa songsang. Malah cuba pula untuk mempertahankan serta memperjuangkan 'hak' kononnya mereka perlu dilayan sama rata. Perlu diberi ruang menjadi sebahagian daripada kelompok dunia.
Tidak terkecuali masyarakat di Malaysia yang kini mahu menjadi seperti Hollywood. Gejala cinta sejenis makin diterima dan mula menjadi sebahagian daripada gaya hidup serta mula dibudayakan. Dengan kemunculan pelbagai kelab-kelab malam yang eksklusif untuk golongan sejenis, mereka bebas berseronok menjalani tabiat di luar tabii.
Tanpa ada undang-undang yang mampu mengawal kegilaan itu, kemudian muncul pula spa dan rumah urutan khusus untuk lesbian dan gay. Mereka semakin terbuka. Malah ada yang tak mampu lagi untuk sorok-sorok mempamerkan kemesraan terlampau di hadapan umum walaupun fizikal dan biologinya, mereka adalah sama. Islam telah lama menyelesaikan masalah sosial dan pergaulan dalam masyarakat dengan mengikat setiap manusia dengan peraturan yang lahir daripada Sang Pencipta.

RENUNG-RENUNGKAN!!!

Tuesday, 16 October 2012

GEJALA SOSIAL REMAJA


"Gejala Sosial Remaja". Jumlah gejala ni semakin hari semakin meningkat dan telah mencapai ke tahap yang amat membimbangkan. Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan, tak mustahil 20@30 tahun akan datang reputasi negara akan jatuh dan negara akan menjadi huru-hara.
Kemajuan negara pada masa akan datang adalah bergantung pada remaja kita yang ada pada hari ini.  Kenyataan Ibnu Khaldun “Remaja yang baik pada hari ini, adalah pemimpin yang baik pada masa akan datang”.
Terdapat banyak faktor-faktor yang mendorong kepada masalah ini. Antara faktor-faktor tebut. :-
1 - Kurangnya didikan agama
Masalah didikan agama yang kurang adalah faktor yang paling utama dalam masalah sosial remaja. Didikan agama yang secukupnya mampu menjadi penghalang@dinding daripada melakukan perkara-perkara tidak elok. Oleh itu, ibubapa memastikan anak-anak mereka mempunyai didikan agama yang secukupnya untuk menempuhi cabaran dunia kini terutamanya pada peringkat awal kanak-kanak.
2 - Kasih sayang daripada keluarga
Kekurangan nilai kasih sayang yang dicurahkan oleh ibubapa kepada anak-anak menyebabkan anak-anak memberontak dan merasa tidak selesa berada dirumah dan lebih selesa berfoya-foya dengan kawan-kawan diluar sana. Ini kerana remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu dan untuk mencurahkan segala masalah mereka dan terasa terasing bila berada dirumah.
3 - Pengaruh rakan-rakan
Tidak dinafikan bahawa seseorang remaja ingin mecari kawan yang ramai dan berkawan tanpa memilih samada baik atau sebaliknya. Kalau berkawan dengan kawan yang baik. Alhamdulillah.. Tambahan pula mendapat kawan yang dapat membimbing kita. Tetapi kalau berkawan dengan orang yang kurang baik. Sudah semestinya akan terikut-ikut dengan perangai kawan-kawan mereka. Ini kerana perasaan seseorang remaja yang ingin mencuba perkara baru dalam hidup mereka dan tidak menghiraukan halal haram.
4 - Pengaruh media massa
Media massa samada media cetak ataupun media elektronik sekarang banyak memaparkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya di siarkan dan diluluskan untuk pratonton masyarakat Islam. Ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi minda remaja. Kalau dulu, dalam filem-filem melayu susah untuk melihat agenda-agenda lucah tetapi sekarang dah makin banyak agenda tersebut ditontonkan dan sekarang isu berkaitan aksi separuh bogel oleh pelakon Zul Handy Black dan Ana Dahlia dalam filem Mantra.
5 - Keadaan sekeliling
Keadaan sekeliling yang dimaksudkan adalah terdapatnya pusat-pusat hiburan, karaoke, pusat judi, tempat-tempat maksiat dan sebagainya akan menyebabkan remaja lalai dengan hiburan duniawi semata-mata. Lebih-lebih lagi remaja pertama yang kali pertama kali ke tempat tersebut dan boleh dikatakan kejutan budaya.

Merujuk faktor-faktor diatas, peranan ibubapa amat penting untuk memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam masalah ini. Tanggungjawab dan cabaran ibubapa dalam mendidik anak-anak pada masa sekarang amat sukar disebabkan pengaruh luar seperti yang di nyatakan diatas.
Selain ibubapa, peranan institusi pengajian, badan-badan kerajaan dan masyarakat juga penting untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi. Seperti institusi pengajian, memperketatkan undang-undang dan disiplin pelajar supaya tidak terdedah aktiviti luar dan juga memperbanyakkan pengajian Agama Islam supaya dapat membentuk akhlak mulia. Bagi pihak kerajaan umumnya. Hendaklah menutup atau mengehadkan pusat-pusat hiburan dan kerap memantau tempat-tempat yang sering berlakunya maksiat.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata peranan institusi kekeluargaan penting bagi mengatasi masalah remaja kini daripada terus menjadi kes-kes jenayah.
Kurangnya nilai-nilai murni dalam diri remaja itu menyebabkan punca keruntuhan moral. Kurangnya didikan agama juga merupakan punca remaja kini senang terjerumus dalam masalah sosial seperti dadah, maksiat, dan menjalin hubungan songsang.”
Renung-renungkan!!

ANAK BUANG MAK AYAH!!!

Dewasa kini, negara kita bukan saja di banjiri oleh kes pembuangan bayi yang tidak berdosa seperti sampah, tetapi dalam diam juga kes anak membuang ibu bapa sendiri dengan meninggalkan ibu bapa mereka dalam keadaan tidak terjaga atau terbiar hidup sengsara tanpa pembelaan anak-anak semakin menular dan membudaya dalam masyarakat hari ini samada disedari atau pun tidak.

Malah, ada sehingga ke tahap yang sanggup mencederakan ibu bapa mereka atau sanggup membunuh ibu bapa mereka kerana tidak mendapat apa yang dikehendaki dari ibu bapa mereka seperti wang, geran tanah atau geran kenderaan.

Seolah-olah anak-anak pada masa kini sudah hilang rasa hormat, taat setia atau dalam bahasa mudahnya berakhlak mulia dan berbelas ehsan terhadap ibu bapa mereka sendiri.

 Baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah anak-anak derhaka yang sanggup membuang bapa mereka yang telah dimamah usia sehingga terpaksa merempat meminta belas ihsan orang lain. Seorang bapa yang menghidap penyakit buah pinggang yang kronik dianggap sebagai beban bagi anak-anak kerana perlu menghantar bapa mereka ke pusat hemodialisis, lalu ditinggalkan bapanya yang sedang sakit itu di pusat tersebut. Maka, tercampaklah kedua-dua bapa yang suatu ketika dulu telah bertungkus-lumus membanting tulang untuk membesarkan anak-anak mereka di rumah orang-orang tua Jabatan Kebajikan Masyarakat.
          Apa yang lebih mendukacitakan sifat tidak berperikemanusiaan ini timbul dari kalangan mereka yang mengaku sebagai orang Islam, sedangkan Islam telah mencela dengan keras perbuatan seumpama ini. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali " Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?" Maka, mereka (para sahabat ) pun menjawab "Sudah tentu wahai Rasulullah." Baginda menjelaskan "Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa dan sumpah yang palsu." Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam sahihnya, no : 2654.

Lihatlah, bagaimana dosa menderhaka kepada ibu bapa ini diletakkan di dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah S.W.T. iaitu dosa yang paling keji di atas muka bumi ini. Justeru itu, Islam telah mengajar penganutnya agar sentiasa berusaha untuk menggembirakan ibu bapa lebih-lebih lagi yang telah lanjut usianya dengan apa jua cara sekalipun selagimana ianya tidak bercanggah dengan syarak.
   

         Memandangkan kes anak-anak membuang ibu bapa ini semakin meruncing dalam masyarakat kini, walaupun tidak terlalu kritikal, perkara ini harus dibendung lebih awal dengan melaksanakan akta ini sebagai langkah utama supaya masalah ini tidak membudaya dalam masyarakat kini dan seterusnya.

Menjaga ibu bapa yang sudah tua memang bukan satu urusan yang mudah. Kebiasaannya tubuh yang telah dimamah usia itu menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan adakalanya memerlukan bantuan daripada anak-anak untuk bergerak. Jiwa mereka juga semakin sensitif, kuat terasa hati bahkan agak cerewet dalam pelbagai perkara.

Ada juga yang telah lemah daya ingatannya menyebabkan perbualan dengan mereka adakalanya boleh menyebabkan seseorang anak itu hilang sabar. Namun, kesukaran dalam menjaga ibu bapa ini tidak datang dengan sia-sia. Bagi mereka yang sabar dengan kerenah ibu bapa mereka dan tetap menjaga mereka dengan baik dalam apa jua keadaan sekalipun maka mereka sebenar telah menempah tiket untuk ke syurga.

         
Binatang pun sayang mak ayah









renung-renungkan!!!